Tuesday, November 8, 2011

carian dari internet


37 Fakta Menarik Mengenai Lelaki



  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  3. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  4. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  5. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  6. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  7. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  8. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  9. Lelaki juga akan menangis.
  10. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  11. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  12. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  13. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  14. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  15. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  16. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  17. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  18. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  19. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  20. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  21. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  22. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  23. Lelaki lebih banyak berfikir.
  24. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  25. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  26. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  27. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  28. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  29. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  30. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  31. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Lelaki melakukan lebih banyak daripada apa yang dapat dilakukan perempuan, sedangkan perempuan melakukan apa yang lebih banyak daripada apa yang berani dilakukan lelaki. Lelaki dikenal dari apa yang tidak dia lakukan, dan perempuan dikenal dari apa yang dia lakukan.


Kebahagiaan di sisi lelaki adalah sukses dalam pekerjaan, sedangkan bagi perempuan adalah sukses bersama lelaki.
Di balik setiap perempuan sukses, terdapat cinta yang gagal, dan di belakang setiap lelaki yang sukses, terdapat perempuan yang dicintai.
Yang terakhir mati pada lelaki adalah hatinya dan pada perempuan adalah lidahnya. Lidah lelaki bagaikan pisau, sedangkan lidah perempuan seperti pedang.
Perempuan menginginkan anak yang menyerupai kekasihnya, sedangkan lelaki menginginkan anak yang serupa dengannya, bukan yang serupa isterinya. Ini kerana lelaki ingin mengulangi wujudnya dan perempuan ingin mengulangi kekasihnya.
Semua jenis pujian menggetarkan hati perempuan, tetapi tidak semua pujian menyentuh hati lelaki.
Perempuan membinasakan akal lelaki, sedangkan lelaki meremukkan hati perempuan.
Harapan lelaki kiranya menjadi keras bagaikan ais, sedangkan harapan perempuan menjadi air lalu menguap seperti udara.
Perempuan menganggap pernikahan sebagai jalan terakhir dalam perjalanan hidupnya, sedangkan lelaki memandangnya sebagai salah satu jalan pilihan, selanjutnya dia akan melanjutkan perjalanannya.
Perempuan tidak melupakan ciuman pertama, sedangkan lelaki melupakan ciuman terakhir.
Mudah bagi lelaki menutup matanya, tetapi mustahil bagi perempuan menutup telinganya.
Dahulu orang berkata : “Tiga sifat lelaki yang terbaik tetapi itulah yang terburuk buat perempuan. Tiga sifat tersebut adalah berani, rendah hati dan tangan terbuka. Tiag sifat terbaik perempuan tetapi itu yang terburuk buat lelaki adalah tinggi hati, sangat hati-hati, dan tangan tertutup”.
Lelaki adalah penderitaan cinta, sedangkan perempuan adalah cinta penderitaan.
Lelaki memahami apa yang dia dengar, sedangkan perempuan mendengar apa yang dia tidak pahami.
Lelaki senang berpindah-pindah bagaikan wisatawan, sedangkan perempuan sedang menetap bagaikan penduduk asli.
Ketika lelaki merasa jemu, dia membutuhkan seseorang yang mendorongnya agar ia maju ke depan. Ketika perempuan merasa jemu, dia membutuhkan seseorang yang menopangnya dari belakang agar tidak terjatuh.
Tuhan menciptakan lelaki dari tanah agar ia dapat menanam di bumi dan membangun di atas bumi rumah-rumah untuk tempat tinggal. Tuhan menciptakan perempuan dari tulang rusuk lelaki agar dia dapat mendorong lelaki dari bumi ini dan mengusirnya dari rumah yang dibangun lelaki itu.
Lelaki sering kali tidak mengetahui bila untuk mengucapkan kata perpisahan bagi perempuan, sedangkan perempuan seringkali tidak mengetahui bila ia harus berpisah.
Ketika lelaki berbicara tentang kebebasan, yang dimaksud adalah kebebasannya dari perempuan. Ketika perempuan berbicara tentang keikhlasan, yang dimaksud adalah keikhlasan lelaki kepadanya.
Lelaki cepat jatuh cinta, sedangkan perempuan lebih cepat membenci.
Lelaki yang tidak tampan, dapat menemukan perempuan yang mencintainya, sedangkan perempuan yang tidak cantik, tidak menemukan lelaki yang mencintainya. Ini kerana perempuan ketika bercinta tidak bertanya apakah teman lelakinya sudah mencukur jenggutnya atau tidak, tetapi lelaki yang bercinta tidak akan mencium perempuan yang berjanggut.
Perempuan lebih senang menikah dengan lelaki yang kaya walaupun banyak bicara daripada yang pendiam tapi miskin, sedangkan lelaki lebih senang menikah dengan perempuan yang pendiam walaupun miskin daripada yang kaya tapi banyak bicara.
Ketika bercinta, lelaki berusaha mengangkat perempuan dari peringkat lelaki, tetapi perempuan lebih senang turun ke tingkat lelaki yang dia senangi. Dengan demikian, lelaki ketika bercinta mengangkat sedangkan perempuan menurun.
Kalau dua orang lelaki bertengkar, sering kali penyebabnya adalah perempuan, sedangkan bila dua orang perempuan bertengkar, biasanya penyebabnya juga perempuan.
Lelaki menangis atas apa yang hilang darinya, sedangkan perempuan menangis atas apa yang tidak dia peroleh.
Lelaki letih mencari ketenangan, sedangkan perempuan tidak tenang kecuali dengan mencari keletihan.
Ketika seorang perempuan menikah untuk kedua kalinya, itu kerana dia membenci suaminya yang pertama, sedangkan ketika seorang lelaki menikah untuk kedua kalinya, itu kerana dia mencintai isterinya yang pertama. Kerana itu, perempuan mencuba nasibnya dan lelaki berspekulasi.

Lelaki diciptakan dari tanah dan perempuan dari tulang. Kerana itu perempuan lebih kuat daripada lelaki dan kekuatannya terletak pada kelemahannya.